Wednesday, November 19, 2008

Latar Belakang Bandar Damansara

LATAR BELAKANG BANDAR DAMANSARA.

Damansara merupakan satu dari mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Tempat ini dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampirannya. Damansara adalah satu dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai seramai 453,420 penduduk ( Laporan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006). Di mana penduduk Melayu sebanyak 262,077, penduduk Cina sebanyak 150,989 dan penduduk India sebanyak 40,354. Damansara adalah hub komersil yang kedua selepas Kuala Lumpur.

Di sini juga terdapat beberapa kawasan kediaman mewah. Damasara terletak dalam kawasan Parlimen P107 Subang yang diwakili oleh YB Sivarasa K. Rasiah (PKR). Terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Damansara iaitu, N36 Damansara Utama yang di wakili oleh YB Cheah Wing Yin (DAP), N73 Bukit Lanjan yang di wakili oleh YB Wong Keat Ping (PKR) dan N39 Kota Damansara yang di wakili oleh YB Mohd Nasir Hashim (PKR).

Bahagian A: Latar belakang responden




Jantina


Carta pai di sebelah menunjukkan bilangan responden yang kami dapat berdasarkan jantina. Di dapati, bilangan responden perempuan ledih banyak berbanding dengan bilangan responden lelaki dengan jumlah 23 orang berbanding lelaki iaitu 22 orang. Hal ini mungkin di sebabkan faktor kerjasama yang diberikan oleh golongan perempuan lebih mudah.

Bangsa


Carta pai di atas menunjukkan bilangan responden yang diperolehi berdasarkan tiga kaum yang utama di kawasan kajian. Bilangan bangsa yang menunjukkan angka tertinggi ialah bangsa Melayu iaitu sebanyak 26 0rang dan yang kedua tertinggi ialah bangsa Cina sebanyak 15 orang dan diikuti bangsa India sebanyak 4 orang. Kebanyakkan bangsa yang mendiami kawasan kajian majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu. Keadaan ini menyebabkan bilangan responden Melayu didapati lebih ramai kerana responden Melayu lebih mudah diperolehi dan suka bekerjasama.

Tahap pendidikan


Daripada hasil kajian kami di kawasan kajian, kebanyakannya responden mempunyai tahap pendidikan di tahap SPM/MCE kerana tahap ini menunjukkan angka tertinggi. Akan tetapi, semua bilangan responden yang kami perolehi mempunyai pendidikan walaupun di tahap yang rendah.

Negeri asal




Graf bar di atas menunjukkan negeri asal responden. Di dapati responden yang berasal daripada negeri Selangor adalah yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu 17 0rang. Jumlah yang sederhana pula ialah 9 orang responden iaitu yang berasal dari negeri Johor dan yang terendah ialah yang berasal dari negeri Sembilan.

Tempat tinggal semasa


Graf bar tersebut mewakili tempat tinggal semasa responden. Berdasarkan kajian yang telah di lakukan, kebanyakkannya responden tinggal di kawasan yang berhampiran denga tempat kerja mereka. Ini bagi memudahkan responden untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menjimatkan kos dan masa memandangkan sering terdapat masalah kesasakan lalu lintas di bandar tersebut.

Tempoh menetap di kediaman semasa


Graf tersebut menunjukkan jumlah tempoh responden menetap di kediaman semasa. Kebanyakkan responden yang kami temui, tempoh menetap semasa mereka adalah agak lama kerana mereka tinggal di kawasan tersebut 4 tahun ke atas dan yang paling lama adalah 37 tahun.