Monday, September 15, 2008

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Visi DBKL
Ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya bertaraf dunia.


Misi DBKL
Merancang, membangun, mentadbir dan mengurus Bandaraya Kuala Lumpur.


Objektif DBKL
Memastikan dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status bandaraya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang.


Dasar Kualiti DBKL
Menyedia dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.


Slogan DBKL
Bersedia menyumbang ke arah bandaraya cemerlang.


Fungsi DBKL
Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah. Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal pencemaran. Mengurus pengindahan bandar. Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan prasarana pengangkutan serta mengurus sistem lalulintas. Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan sungai. Merancang dan mengawal pembangunan bandar. Membina dan mengurus perumahan awam. Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula setinggan. Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan peniaga kecil. Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan pelancongan. Menyediakan, mengurus dan menyenggara kemudahan awam (stadium, kompleks sukan / pusat komuniti, masjid / surau, taman rekreasi, pasar, pusat penjaja, perpustakaan, tandas awam, perhentian bas / teksi, tanah perkuburan dan krematorium)

Saturday, September 13, 2008

Empat bandar baru jana pembangunan ekonomi



Untuk mencapai strategi pembangunan spatial, empat bandar baru dicadangkan, iaitu Bandar Baru Indera Mahkota II, Bandar Baru Gambang dan dua bandar Baru Pelancongan, iaitu Cherating dan Tanjung Sepat. Semua tanah kosong dalam kawasan bandar akan dimajukan semula melalui ‘infill development’ bagi memantap dan memperkemas lagi struktur perbandaran Kuantan.Sehubungan itu, imej dan reka bentuk kawasan pusat bandar Kuantan akan dijadikan lebih menarik dengan pembangunan semula tebing Sungai Kuantan sebagai ‘riverside promenade’ yang serba lengkap dengan kemudahan ‘esplanade’ dan Menara Kuantan berfungsi sebagai mercu tanda utama bandar Kuantan.

Monday, September 1, 2008

Kepesatan Pembandaran

Kepesatan kegiatan ekonomi bandar telah memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini terjadi hasil daripada perluasan aktiviti ekonomi di pusat-pusat bandar terutamanya di sektor pembuatan dan perkhidmatan. Peluang ekonomi yang lebih besar yang terdapat di pusat-pusat bandar ini terus menarik migrasi masuk penduduk. Migran masuk penduduk dari luar bandar atau dari bandar-bandar kecil mengakibatkan konsentrasi penduduk di pusat-pusat bandar semakin meningkat.

Pihak berkuasa tempatan Lembah Klang


Ayam dan itik ini juga disembelih menggunakan kaedah ‘sembelih cucuk’ yang menyalahi hukum Islam. Dalam hal ini, kita harus memuji langkah segelintir pihak berkuasa tempatan yang menganjurkan kursus penyembelihan kepada pemilik dan pekerja pusat penyembelihan, terutama yang dimiliki masyarakat bukan Islam. Dalam kursus seperti ini,pihak berkuasa tempatan akan turut memberi penerangan supaya pengusaha terbabit lebih jelas mengenai isu halal dan haram. Kita berharap usaha ini akan membantu menjadikan pengusaha bukan Islam untuk lebih peka dengan ‘perkara tidak boleh dan boleh’ masyarakat Islam.