
Wednesday, November 19, 2008
Ulasan keseluruhan keefisienan bandar
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa keefisienan bandar di kawasan kajian agak memuaskan. Namun banyak aspek yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari segi kemudahan pengangkutan, ekonomi bandar, kemudahan masyarakat, utiliti dan sebagainya. Pihak yang terbabit dalam menangani isu ini perlu berusaha untuk mengatasi masalah tersebut agar tahap keefisienan bandar dapat ditingkatkan.
Monday, November 17, 2008
eKL sistem

Dua (2) garisan melingkung melambangkan visi eKL bagi penyampaian perkhidmatan menerusi “Integrated and Connected Klang Valley” dan misi eKL untuk memperkasakan penggunaan ICT dalam sistem penyampaian agensi-agensi Kerajaan di Lembah Klang
Tiga (3) bulatan melambangkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan merintangi 3 struktur utama iaitu Government to Government, Government to Business dan Government to Citizen agar lebih efisien, cepat, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi kepada orang ramai
Saturday, November 8, 2008
proses industrilisasi di Perak
Di bawah Rancangan Malaysia Ke9 (RMK9) kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah bersetuju untuk mewujudkan taman industri hi-tech negera yang kedua di negeri Perak selepas Taman Hi-Tech Kulim. Taman Hi-Tech ini akan mengumpulkan semua sektor pembuatan hi-tech dengan penekanan kepada industri berasaskan ICT, industri pembuatan bernilai tinggi seperti E&E, fotoniks, mekatroniks, bioteknologi dan teknologi nano, system automasi dan bahan berteknologi tinggi. Taman Hi-Tech Perak yang mengandungi Pusat Siber MSC, Meru Raya dan Taman Industri Hi-Tech Perak terletak di antara Meru Raya, Khantan dan Chemor di atas kawasan seluas kira-kira 3,500 ekar.
Gelombang globalisasi antara dua sisi
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.Globalisasi juga dilihat sebagai suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi, atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya (Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar).
Dasar Perbandaran Negara
Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)

