Saturday, September 13, 2008

Empat bandar baru jana pembangunan ekonomi



Untuk mencapai strategi pembangunan spatial, empat bandar baru dicadangkan, iaitu Bandar Baru Indera Mahkota II, Bandar Baru Gambang dan dua bandar Baru Pelancongan, iaitu Cherating dan Tanjung Sepat. Semua tanah kosong dalam kawasan bandar akan dimajukan semula melalui ‘infill development’ bagi memantap dan memperkemas lagi struktur perbandaran Kuantan.Sehubungan itu, imej dan reka bentuk kawasan pusat bandar Kuantan akan dijadikan lebih menarik dengan pembangunan semula tebing Sungai Kuantan sebagai ‘riverside promenade’ yang serba lengkap dengan kemudahan ‘esplanade’ dan Menara Kuantan berfungsi sebagai mercu tanda utama bandar Kuantan.

No comments: