Monday, August 18, 2008

implikasi pembangunan bandar terhadap masyarakat

Kesan positif pembangunan bandar terhadap manusia ialah pertambahan kemudahan asas di mana terdapat jaringan pengangkutan yang moden dan berteknologi tinggi seperti jalan raya di bawah Sistem Lebuh Raya Malaysia. Antara implikasi yang lain ialah wujud pusat pengumpulan dan pertukaran barang serta kawasan perindustrian seperti pejabat pentadbiran, pasaraya dan sebagainya.

Kesan negatif pula ialah kemiskinan. Hal ini kerana berlaku penghijrahan penduduk ke bandar. Isu ini menimbulkan pelbagai gejala seperti penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran yang melampau. Secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti sosial masyarakat.

No comments: