Thursday, August 14, 2008

Perbandaran

Malaysia mengalami proses perbandaran yang pesat sejak tahun 1970-an lagi dan malah menjadi negara yang terpesat membangun di Asia Tenggara dalam tahun 1980-an. Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (Malaysia; 1971). Dengan kepesatan proses perbandaran yang sebelum ini berlaku di negara-negara barat tetapi kini sedang berulang di negara-negara membangun (Leonard Reissman: 1964) walaupun mengikut tempoh dan tempat yang berbeza, tetapi di Malaysia ternyata kesannya amat mendadak dalam perolehan kualiti hidup sosial yang seimbang di kalangan masyarakat bandar, khasnya bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Georgetown.

No comments: